Sunday, April 3, 2011

SEWANGI NAMAMU SAYANG

RAIHAN
Arwah adikku yang teramat ku sayang

        Tetapi Allah lebih sayangkan arwah,kami sekeluarga redha dengan pemergiaanya semoga arwah ditempatlan dikalangan orang-orang yang beriman dan harum terus mewangi seharum namanya RAIHAN....Sudah 14 tahun arwah meninggalkan aku tapi ingatan aku padanya tidak akan pernah padam buat selamanya.Tanggal 25/08/1997 merupakan tarikh sedih dalam lipatan sejarah hidupku kehilangan insan yang amat aku sayang amat aku rindu.Mungkin kalau lah usianya masih panjang adalah tempat untuk aku berkongsi cerita suka duka ataupun perihal orang pompuan kekdahnya.Tapi tak kan mungkin masa boleh berputar kembali Ya ALLAH aku redha..ampunkan aku mempertikaikan ketentuanMu.
         Masih segar diingatanku seminggu sebelum meninggal arwah menunjukkan tanda-tanda beliau akan meninggalkan kami semua cuma aku tidak pernah perasan sehinggalah ajal menjemputnya,arwah bercerita mengenai  azab kubur, azab di neraka,balasan tinggalkan solat semua mengetarkan jiwa,rupanya arwah memberi pesanan terakhir buat orang yang dia sayang supaya patuh kepada perintah Allah dan ingata bahawa hidup di dunia ini hanyalah sementara.Aku tidak memahaminya dulu  masa arwah pergi aku baru form 1,masyaAllah......Sayang........ kami sekeluarga redha dengan pemergianmu damailah dikau disana jauh dari segala hal duniawi yang melalaikan.Ya Allah bimbinglah kami ke jalanMU untuk terus mencari cintaMU sesungguhnya Ya Allah CINTA KEPADAMU ADALAH CINTA YANG HAKIKI.


RAIHAN & SEPUPU FAUZANA
(baju diorang selalu same-same mencik tau hehe)








2 comments:

  1. Al-Fatihah utk allahyarhamah....dia menanti kamu di syurga Allah..insyaAllah~

    ReplyDelete
  2. tulun2..
    correction nama ana...
    FAUZIANA..
    huhuhuhuh..

    rindu sangat2..

    ReplyDelete